Sunday, 19 October 2014

CERPEN: Encik Playboy yang Dingin












 Mata Rin memerhati tingkah Iskandar yang bersahaja.Dia merenung sepi makanan di hadapannya tanpa selera.Dia jadi patah selera memandangkan Iskandar selalu sahaja acuh tak acuh padanya.Hati Rin jadi sedih tidak semena-mena.

“Awak bahagia?”

Iskandar memandang Rin sekilas sebelum kembali sibuk dengan SMS di dalam telefonnya.

“You nak jumpa I semata-mata nak cakap I happy ke tak? Buang masa sajalah Rin. Tahu tak sebab you, I dah skip kelas yang sepatutnya I hadiri?”

Rin terdiam.Dia jadi serba-salah untuk menidakkan hal itu. Dia ingatkan Iskandar mempunyai masa yang lapang. Lagipun dia sudah kesuntukan masa… Dia takut tak sempat hendak berjumpa dengan pemuda itu lagi.

Iskandar suka sangat mengelak bertemu dengannya!

“Saya hanya nak kan kepastian… Awak happy dengan hubungan kita sekarang?”

Iskandar tersentak.Dia meletakkan telefonnya di atas meja. “Apa sebenarnya yang you nak tanya I ni? Jangan berbelit boleh tak?” dengus Iskandar geram.

Rin menarik nafas sedalamnya. Baiklah. Mungkin ini kesudahannya. Rin merenung Iskandar lama. Matanya berkaca. Senyuman cuba diukir namun agak payah. Terasa kelat dan air liurnya terasa berpasir untuk ditelan.

“Is…kita putus sahajalah.” Sekali nafas dia mengucapkan kalimah itu. Putus! Dia bingkas dan segera berpaling dan melangkah pantas meninggalkan kafe. Iskandar termangu seorang diri.

Dia minta putus?Aku salah dengar ke?

“Damn!” Iskandar menghentak meja. Keegoannya tercabar! Pantas Iskandar bingkas.Kata-kata yang keluar dari mulut Rin sebentar tadi membantutkan seleranya untuk makan.

Lagipun siapa dia nak putus dengan aku? Hah, tak payah minta pun aku senang hati nak putuskan hubungan ni! Menyusahkan hidup aku je!

“Aduh…mana dia ni?” Iskandar gelisah di hadapan dewan. Semua mahasiswa dan mahasiswi sudah keluar dari dewan itu. Dia semakin tak tentu arah. Apesal tak keluar lagi?

Iskandar tak puas hati. Apa yang menyebabkan Rin mahu putus dengannya? Selama dia bercinta dengan berpuluh-puluh gadis, hanya dia sahaja yang layak memutuskan hubungan. Dia puas, puas dapat melihat wajah kekecewaan gadis yang pernah menjadi status kekasihnya.

Tapi Rin…apa sebab dia nak putus?! Argh…serabut kepala aku!

Mata Iskandar melinggas mencari Rin. Seketika dia terlihat kelibat seorang gadis bertudung putih dan berbaju kurung oren berlari dengan wajah cemas. Senyumannya melebar walaupun ada reaksi pelik.

Ha! Itu pun dia.

Pantas Iskandar mengejar langkah Rin. Lengan gadis itu dicapai lalu direntap kasar.

“Rin!” Nafasnya berombak kencang dek kepenatan berlari tadi.

Mata Rin membulat. Dia terkial-kial cuba menarik tangannya kembali.

“Rin, look here. Pandang I! Kenapa you minta putus dari I hari tu?Apa maksud you, hah?”

Rin masih berdegil. Dia langsung tidak mengangkat muka dan menunduk. Sebelah tangannya menekup hidung dengan sapu tangannya.

“I’m talking to you Syazrin Elliana! Jawablah…”

Rin menggeleng laju. Iskandar semakin kurang sabar.Tiba-tiba dia tersedar. Ada sesuatu benda yang melekit di celah jarinya yang bercantum dengan jari-jemari Rin. Rin menggelabah.

“Semuanya dah berakhir Is. Awak jangan cari saya lagi. Kita dah lama putus!”Tanpa teragak-agak Rin merentap kasar tangannya dan berlari sekuat hati.

Maafkan saya, Is. Maafkan saya!

Rin tidak berpaling walau sesaat. Kerana dia tahu tak mungkin Iskandar akan mengerti perasaannya. Lelaki itu kan kaya dan tampan orangnya… Ramai gadis mahu perhatian lelaki bernama Tengku Iskandar Syah itu! Rin tak layak untuk mendampingi lelaki itu. Sungguh!

Iskandar masih membatu di situ. Terketar-ketar dia mengangkat tangannya dengan muka yang sukar untuk ditafsirkan. Bibirnya pucat. Apa ni? Apa ni?

Ini cat merah ke… darah?

Ada sesuatu yang mengganggu fikiran Iskandar. Dia mencampakkan keluhan.Lama dia merenung tangannya. Tangan yang sebentar tadi sudah dibersihkan daripada cecair berwarna merah. Otaknya masih berteka-teki. Tak mungkinlah darah…

Dia mengerutkan keningnya. Hmm…mesti dia bermain dengan cat lepas tu cat tersembur ke muka. Iskandar membuat kesimpulan sendiri.

Tiba di satu selekoh….

Debuk!

Auch…

Mukanya berkerut halus.Iskandar segera bingkas sambil mengusap lututnya dek terjatuh sebentar tadi.Baru sahaja hendak melangkah, kedengaran suara seseorang menghentikan pergerakannya.

“Mira, betul ke lepas ni you nak tuang kelas lagi?”

“Mestilah!Kan I dah kata I nak jenguk Syazrin.You tolonglah salinkan note untuk I, ye? Please, sayang!” rayu Mira.

Mata Iskandar membulat. Alamak... Ex-girlfriend aku! Iskandar meluaskan lagi pendengaran. Topik mereka menarik kerana ada nama Rin dalam perbualan itu.

“Kenapa dengan Rin?Dia sakit ke?”

“Entahla… Semalam dia pengsan.I kesian betul dengan dia. You kan tahu RIn tu sepupu I… Adik ipar kepada kakak I?I dah macam kembar dia tau.” ucap Mira kesal.Dia menghela nafas panjang.

“Paling I kesal… Dia dah minta putus dengan Is. Dia sendiri yang cakap dengan I. Tapi dia tak patut buat macam tu, you! Is patut tahu yang Rin tu…” kata-kata Mira tersekat.Dia tak dapat meneruskan katanya.

“Is serius ke cintakan dia? I tengok diorang macam tak mesra.”celah Fazrul. Dia sememangnya tidak gemar dengan cara Iskandar melayan Rin. Macam orang asing!

“Fazrul… Pada awalnya memang Rin selalu soal pada I macam tu. Kenapa Is nak dia jadi kekasih dia. Tapi Faz… masa dia cakap dia cintakan Is sejak Tahun 1 lagi I terkejut. I terharu dengan sikap setia dia. Tapi… I tak sangka kisah cinta Rin akan berakhir macam ni.” Wajah Mira keruh.

Dia simpati dengan nasib Rin.Fazrul tersenyum.

“Janganlah sedih… Dah bukan jodoh diorang agaknya.Nanti sampaikan salamI pada keluarga dia, ya.Kalau ada masa kita pergi sama-sama lawat dia, okay.”

Iskandar yang sejak tadi mendengar usah dikata betapa tergamamnya dia. Wajahnya diraup perlahan.

Berdosa ke aku mempermainkan hati gadis sebaik Syazrin Elliana?

“Icad,”

“Hmm?”Icad meneruskan tugasnya menaip.Sudah lama dia tidak meneruskan hobinya yang satu itu. Mengarang puisi!

Iskandar memandang Icad lama sebelum mendekati pemuda itu.

“Aku rasa aku nak jumpa Rin.”

Icad mendongak.Matanya tidak berkedip merenung Iskandar.“Kau belum jenguk dia lagi ke, bro?Diakan kekasih kau!”

“Taula… tapi aku ada problem dengan Rin.Aku tak tahu pulak dia masuk hospital…” keluh Iskandar sebal.Patutnya Rin cakap awal-awal yang dia sakit.Menyusahkan pun ada jugak.

“Beb… awek kau tu koma sekarang ni. Nak borak dengan dia pun rasanya dia tak akan dengar punya. Kau tak tau ke dia kena buat operation ketumbuhan di kepala dia minggu lepas?”

“A…aku ingat di...dia cuma demam panas…” tergagap-gagap Iskandar berkata.

“Itulah engkau, sengal! Kemungkinan hidup dia 50/50 je, Is. Aku tak pasti peluang untuk dia hidup tinggi sebab doctor pun tak boleh nak buat apa dah memandangkan dia tu kritikal sangat.”

Ketumbuhan?!Iskandar terkedu.

Setitik air mata gugur di pipi Rin.Wajah Rin masih begitu.Kaku dan pucat.Wajah yang tiada serinya lagi.Nampak suram.

“Kenapa?” bisik Iskandar.Dia menggenggam kemas lengan Rin yang berlapik baju hijau milik hospital itu.Iskandar tunduk menyembamkan wajahnya ke tepi katil.Seolah-olah dirinya sudah tidak berguna lagi.

“Kau ni Iskandar Syah ke?” soal lelaki yang setia memandangnya dari awal dia masuk ke dalam bilik ni sampailah sekarang.

Iskandar mendongak.Matanya berkaca namun ditahan juga daripada tumpah.“Ye, saya Iskandar.”Jawabnya perlahan.

Kritikal dah budak ni. Macam dah tak boleh hidup aje muka dia. Bisik hati lelaki itu.Dia mengeluarkan sampul kecil.

“Adik aku suruh bagi ni pada kau. Dia merayu-rayu pujuk aku supaya serahkan surat ni pada kau sebelum dia koma… Kau bacalah.Aku nak keluar solat kejap.”

Iskandar membuka sampul berwarna biru bercorak polka dot itu.Matanya menangkap tulisan Rin. Dia kenal sangat akan tulisan senget ini memandangkan dia selalu meminjam nota milik Rin jika dia tidak menghadiri kelas. Dibaca berulang kali.

Assalamualaikum, Iskandar Syah…

Mungkin permintaan pertama saya ni terlalu susah untuk awak. Saya berharap sangat awak setia pada yang satu.Tapi saya pasti permintaan kedua saya ni senang untuk awak, kan? Anggap saja saya tak pernah wujud. Saya tak kisah kalau itu boleh buat awak gembira…

Semoga awak bahagia dan menemui jodoh yang lebih baik daripada sebelum ini.Inilah jalan yang terbaik untuk kita berdua.

Syazrin Elliana

Iskandar mengeluh.Betul ke ini jalan yang terbaik? Betul ke dia akan gembira dengan semua ini? Kenapa hatinya rasa sedih lepas membacasurat Rin?

“Eh, Iskandar!Apa you buat dekat sini?”

Iskandar berpaling. Sudah genap seminggu dia menjadi pelawat tetap wad pesakit ini. Selama itu juga dia tidak akan putus asa menunggu Rin sedar daripada lena panjangnya.

“Oh, Mira… Tak nampak ke, I tengah main bowling dekat sini?” peril Iskandar. Kalau bukan melawat apa lagi. Sengajala tu tanya soalan yang tak berfaedah. Macam dah habis modal untuk berbual.

Mira tersengih. “First time I tengok muka you suram macam ni. Selalunya dingin bukan main.”Dia mengambil tempat berhadapan Rin.Matanya dialihkan pula pada wajah pucat sepupunya.

Macam tengah tidur… Kalau orang lain yang koma mungkin tengah kusut masai sekarang ni. Pandai pulak nurse kat sini merawat Rin.

“You datang seorang saja ke? Mana yang lain?”

“Maksud you Fazrul? Oh, dia ada dekat depan kena jawab call dari mama dia.” Biasalah kalau ditanya jawapan Mira akan berjela-jela!

Iskandar diam.

“Is, kalau Rin sedar…apa yang you akan buat?”

Iskandar tidak menjawab sebaliknya merenung wajah Rin tanpa henti.Mira mengetap bibir.

“I tahu…Rin tak pernah rasa bahagia, Is… Nama aje dia kekasih you tapi macam orang asing.I tahu semua cerita di balik hubungan korang berdua.Tapi I diamkan saja.I sebenarnya pelik.You sayangkan dia atau tak?”

“Memang I cuba permainkan dia…”

Mata Mira membulat besar.“Hah, I knew it! You memang…”

“Tapi itu dulu,” pintas Iskandar sebelum Mira yang becok itu meneruskan kata.Dia menghembuskan nafas panjangnya.

“I tackle dia…sebab I rasa tercabar dengan kawan-kawan I masa tu… Bila dah dapat I tak pedulikan dia langsung. You know taste I macam mana… Dia tu…sikit-sikit tak boleh nak disentuh, tak boleh itu ini. Tapi lama-lama…”

Iskandar menongkat dagunya. “I rasa Rin lain daripada gadis di luar sana. Bila dia minta putus, hati I rasa sakit.Bukan sebab marah tapi I tak boleh terima kenapa dia nak minta putus sedangkan I tahu dia sayangkan I.”

“Mana you tahu dia sayangkan you? Rin tak pernah cakap kan dia sukakan you? Dia tu jenis yang pendiam dan pemalu.”Mira mencelah lagi.Sekadar memberi pendapatnya.

“Memang… Tapi I boleh baca semuanya dari mata dia. Mata tak menipu.Macam I baca renungan you pada Fazrul masa kita couple dulu.Renungan yang menunjukkan you cintakan dia tapi tak terluah.”

“Oh, patutlah… I ingatkan ada orang bocorkan rahsia I! You ni bahaya jugak eh? Boleh baca hati dan fikiran orang?”

Iskandar tersenyum nipis. “Tapi sayangnya, I tak tahu apa dalam hati Rin. Dia terlalu berahsia sampai dia sakit pun I tak tahu…” getus Iskandar.

“Is… kalau ditakdirkan Rin masih hidup apa yang you akan buat?”

“I tak tahu Mira… I dah banyak lukakan hati dia.”

“Tapi I boleh nampak you dah mula sayangkan dia. I tahu Rin bukan jenis pendendam… Why not you cuba tackle dia balik?”

“Tengoklah keadaan macam mana…”

“Ermm…” Mira mengetap bibirnya. “I shouldn’t say this but… kalau ditakdirkan Rin tak sedar-sedar jugak selepas tempoh yang diberi?”

Iskandar terkedu. Dia tak pernah terfikir pun akan hal ini. Dia berharap Rin akan pulih. Iskandar memandang wajah Mira.Nyata tidak selembut wajah Rin.Dia tahu itu.

“I…I tak tahu…” keluhan dilepaskan lagi.Berlapikkan kain selimut, lengan Rin digenggam erat. Tolonglah jangan tinggalkan I Rin… Berilah I peluang untuk bahagiakan you… bisik hatinya mengharap.

“Macam mana keadaan dia, doktor?” soal seorang wanita yang sudah berusia namun masih nampak jelita.Di sisi Iskandar sedang berdiri menanti jawapan doktor lelaki itu.Wajahnya kusut.Sekusut fikirannya.

“Puan, kalau pesakit tak sedar jugak dalam masa terdekat ni… Kami tiada pilihan selain menanggalkan semua alat bantuan itu.Tempoh yang kami berikan terlalu lama.Sudah dua bulan dia tak sedarkan diri.”

Wanita itu menangis.“Tapi doktor… berila masa lagi.Saya yakin anak saya akan sedar…” rayu wanita itu.

Iskandar turut simpati.

“Baiklah. Kami di sini dah tak boleh nak buat apa lagi… Kami harap puan bersabarlah dan berdoa banyak-banyak. Mana tahu Allah akan panjangkan umur pesakit. Saya  minta diri dulu.” Dia tersenyum nipis dan berlalu pergi.

“Kenapa anak umi jadi macam ni…” wanita itu merapati Rind an mengeluh wajah Rin. Dia mengesat air matanya dan memandang Iskandar.

“Boleh umi tahu apa hubungan kamu dengan anak umi?”

Iskandar menghormati wanita itu. Walaupun bergelar Puan Sri namun masih mahu dipanggil gelaran orang biasa.

“Sebenarnya aunty…”

“Panggil umi. Sesiapa yang kenal umi semuanya panggil panggilan  tu.”

“Err…ya, umi. Saya dan Rin ... pernah bercinta…”

“Oh, kamu kekasih dia?Umi dari dulu teringin nak tahu siapa Iskandar yang selalu disebut Rin. Rin ni orang dia manja… Umi sayangkan dia. Dia tak pernah ingkar arahan umi sebab tu umi selalu lebihkan dia. Abang dan kakak dia semua sayangkan Rin… Terakhir dia cakap, kalau dia ditakdirkan akan mati…” wajah umi keruh.

“Dia nak dikebumikan sebelah ayah dia… Umi ingatkan dia bergurau tapi… betullah.Dia memang maksudkannya.”Tersedu-sedan wanita itu cuba mengawal emosinya.

“Dia...tak bagitahu umi dia sakit?”

“Tak Iskandar… Dia perahsia. Rahsia sebesar ni dia pendam sendiri. Umi tak tahula nak cakap apa. Semua orang terkejut bila dapat tahu dia sakit. Itupun masa dia dimasukkan ke dalam hospital kali terakhir dia pengsan hari tu. Semua orang tak tahu…”

“Semua… tak tahu?”Iskandar mengerling ke arah Rin.

Mungkin Rin tak mahu orang lain simpati dan risau. Tapi cara dia risau. Semua orang terkilan.Itulah akibatnya berahsia.Iskandar juga terkilan.Tak sempat nak buat Rin bahagia.Dia hanya tahu menyusahkan Rin sahaja.

“Umi nak Is tolong jagakan Rin sekejap. Umi nak solat.Dah nak habis waktu Zohor ni.”Dia kelam-kabut bersiap. Mencapai beg kecil berisi telekung dan sempat mencium pipi Rin yang terbujur kaku itu.

“Umi datang lagi nanti ya, Rin.Umi sayang Rin.”Bisiknya perlahan ke telinga Rin.Terus dia berlalu setelah menepuk bahu Iskandar perlahan.

Iskandar duduk di birai katil.Tudung Rin yang sedikit senget dibetulkan.Berhati-hati agar tidak menyentuh kulit gadis itu. Dia tahu dalam keadaan sedar pun Rin tak suka disentuh apatah lagi dalam keadaan tak sedar.

“Bangunlah Rin. Semua orang mahu Rin terjaga.Jangan teruskan perjalanan tu lagi. Is mohon… Hanya Rin bertakhta di hati Is. Bukan perempuan lain. Is sayangkan Rin…”

Iskandar terpaku pada jari-jemari Rin yang mula bergerak kecil.“Rin?”

“Is…”

Iskandar tergamam.Dia sungguh terkejut.

“Umi…” suara serak basah Rin keluar dari bibir mungil yang terbuka kecil itu.Kelam-kabut Iskandar menekan punat merah di sisi katil.Kemudian, dia berlari keluar.

Siapa? Rin cuba melangkah mencari suara itu.

“Bangunlah Rin…”

Suara yang dia cukup rindui.Tapi siapa?Rin melangkah lagi menghampiri cahaya terang itu.Dia mengecilkan biji matanya.

Biji matanya cuba diluaskan. Dia mengerutkan keningnya.Kepalanya terasa sakit betul.Matanya memerhati orang asing yang mengelilinginya. Siapa…?

“Syukur Alhamdulillah! Anak umi…” Umi memeluk tubuh Rin erat.Air matanya menitis.Rin kebingungan.Dia menolak perlahan tubuh umi.Ditatap lama.Kemudian beralih kepada semua orang satu persatu.

“Rin?” umi mula tak sedap hati.Renungan Rin nampak kosong.Macam keliru. Apakah…

“Rin, Rin kenal tak?Umi?”Umi menunjukkan ke arah dirinya.Rin memegang kepalanya.Umi masih menanti.

Gelengan Rin mengejutkan semua orang. “Siapa…” dia cuba bertanya. Siapa sebenarnya perempuan tua ni? Dipegang kepalanya yang mula berdenyut.Telinganya terasa berdengung. Dia cuba mencari memori yang hilang tapi…

Gagal! “Siapa saya?” terkeluar juga ayat itu dari bibirnya.

“Ya Allah….anak aku…” umi terasa pandangannya berpinar-pinar.Iskandar yang memerhati mematung di situ.Untuk seketika mata mereka bertembung.Rin merenung Iskandar lama.

“Kita pernah berjumpa ke?” soalnya perlahan penuh kebingungan.Iskandar tak dapat teruskan lagi. Dia berpaling dan melangkah keluar dari wad itu.

Umi sudah pun pengsan. Untuk seketika suasana wad itu jadi hingar bingar. Rin yang dulu koma kini hilang memorinya.

“Kau tak nak jumpa dia?” soal abang kepada Rin.Iskandar hanya menggeleng.Wajah keruh.Dia hanya memerhati Rin dari luar bilik sahaja. Jika gadis itu lena barulah dia akan menjenguk ke dalam. Dia tak sanggup berhadapan dengan Rin.Kenyataan dia tiada di dalam memori gadis itu sungguh menyakitkan.

Fuad mengeluh kecil.“Hari ni dia nak balik ke rumah.Doktor benarkan dia pulang.Tak nak ucapkan apa-apa pada dia?”

“Entahla bang. Saya tak tahu.”

“Is…Sampai bila kau nak perhatikan dia diam macam ni? Kau kena berhadapan dengan dia. Cuba ingatkan dia memori korang berdua. Bukannya biarkan dia macam tu. Mencari-cari siapa sebenarnya engkau dalam hidup dia.”

“Kenyataannya dia dah boleh ingat semua orang…kecuali saya.”Datar sahaja suara Iskandar.Fuad tersentak.

“Kau terkilan? Kita tak boleh paksa dia, Is… Dia belum pulih lagi.Mesti ada hikmahnya.Lama-lama nanti dia ingatlah engkau.Percayalah.” Dia menepuk perlahan bahu Iskandar beberapa kali sebelum masuk ke dalam wad itu. Iskandar bersandar pada dinding.

“Is, maaf aku ada urgent case.Boleh kau hantar Rin balik?” terkocoh-kocoh Fuad memberitahu.Wajahnya cemas dan kelam-kabut.

Sepatutnya dia yang jemput Rin tapi dia ada hal yang membuatkan dia perlu segera pergi ke Penang.Bertentangan daripada arah hendak ke rumah keluarganya.Iskandar memalingkan dirinya.Rin di sisi hanya diam menyepi.

“Baiklah.”

“Thanks ya!” Fuad terus cabut lari.Kini hanya mereka berdua.

“Rin tak kisah ke kalau saya hantar?”

“Kalau abang saya percaya awak, saya ikut saja.”

Iskandar mencapai beg yang dijinjit Rin. “Jom pergi.”Ucapnya perlahan dan terus pergi.Rin hanya memerhati.Dahinya sedikit berkerut.

Bukan ke suara tu sama macam  dalam mimpi sebelum dia tersedar tu?

“Iskandar, saya dengar awak kekasih saya, betul?”Suara Rin memecah kesunyian.Iskandar mengangguk sahaja.

“Boleh saya tahu kenapa?”

“Kenapa?”Iskandar mengerutkan keningnya.“Kenapa apa?”

“Kenapa pilih saya?”Rin menunduk.

Iskandar terdiam.

“Awak tak tahu jawapannya?” Rin menyoal lagi. Sedikit hairan.Iskandar mengeluh.Dia meneruskan pemanduannya dan berfikir sejenak dengan soalan Rin tadi.

“Awak fikir kenapa?” sengaja dia ingin tarik tali.

“Sebab awak nak mempermainkan saya?”

“Itu betul juga.”

Rin terkejut. “Awak…” Oh, berani dia mengaku? Selamba gila!

“Ya, tapi itu dulu. Saya ulang sekali lagi... Itu dulu, okay! Sebelum saya kenal awak. Jangan salah faham. Saya dulu terlalu dingin.Tak banyak sangat melayan awak.Tapi sikap awak yang selalu berlembut tu yang menarik hati saya. Kalau orang lain mungkin saya dah makan sup kasut agaknya.” Ucap Iskandar selamba.

Rin berdehem kecil. Malu pula tetiba mendengar pujian yang spontan keluar dari bibir merah pemuda itu. Agak lama kemudian barulah dia bersuara.

“Maafkan saya sebab saya tak dapat ingat siapa awak.Tapi… awak janganlah risau. Kalau betul saya sayangkan awak sekali pun, saya pasti akan ingat awak akhirnya nanti.” Rin tersenyum nipis merenung jejaka tampan itu.Dia tahu dia sayangkan lelaki itu tapi dia tak pasti. Macam ada sesuatu yang menagihnya. Apa dia?

Rin membaca sms di telefonnya.

Sila tempah langganan bla…bla…bla…

Rin mengerutkan dahi. Ingatkan siapa tadi.Rin memasukkan kembali telefon itu ke dalam kocek seluarnya dan menyimbah sabun ke atas lantai. Dia mula menyuci lantai halaman rumahnya.

“Elok-elok cuci tahi kucing tu! Jangan sampai jatuh sudahla…” pesan Fuad dari dalam. Rin tersengih.

“Rin taulah!”

Perlahan-lahan Rin mengeluh.Entah mengapa dia begitu menunggu panggilan dan sms daripada Iskandar. Lelaki itu tiba-tiba sahaja menyepi daripada menghubunginya.Rin melangkah setapak.

“Mak!!” Jeritannya memenuhi ruang rumah itu. Bergema dengan suaranya yang nyaring. Fuad yang baru sahaja hendak menaiki anak tangga terngadah. Dia bergegas mendapatkan Rin.

Debuk!

Ouch… Rin mengerang kecil dan pandangannya mula kelam dan akhirnya gelap gelita…. Fuad terkaku di situ. Terlambat untuk menyelamatkan adiknya yang sudah terlentang di halaman rumah dengan kepala yang berdarah.

Rin bersembunyi di balik pohon. Dia memerhati pemuda yang sedang membaca novel Inggeris di bangku taman berdekatan. Senyuman terukir dibibirnya. Pantas dia mengangkat kamera lalu lensa diarahkan ke arah pemuda itu.

Klik! Klik! Klik!

Rin berpaling.Wajahnya teruja lantas dia mengintai kamera itu. Matanya membulat sebelum dia menekup mulut dan tergelak kecil.

“Hensemnya dia…” bisik Rin perlahan. Dia mengintai kiri dan kanan kalau-kalau ada orang nampak aksinya yang jakun melihat gambar lelaki itu tadi.Rin segera mencapai novel di tangan lalu menyangkut kamera di leher. Dia berjalan dengan langkah yang santai menuju ke  arah bangku yang berdekatan dengan pemuda itu.

Coolnya dia… bisik hati Rin dengan rasa kagum. Rin mengerling sekilas ke arah pemuda itu. Kad matrik di leher pemuda itu jelas menunjukkan namanya.

Tengku Iskandar Syah!

Oh, jadi nama sebenar dia itu rupanya… Rin segera membuka buku novelnya dan membaca. Rin terlalu ralit membaca hingga tak sedar gadis bergaun putih berada di hadapan Iskandar ketika itu. Gadis itu mengerling Rin. Jelas dia terkejut.

“Eh, Rin!”

Rin mengangkat wajah. “Err…Mira…” Dia tersenyum nipis.

“Kak Mira buat apa kat sini?” soalnya agak kekok.

“Biasalah, tak kenal? Boyfriend akak, Iskandar?”Dia menunjuk ke arah Iskandar yang hanya memerhati. Mata pemuda itu tidak lepas memandangnya membuatkan dia sedikit gementar. Bagi menghilangkan kegugupan, Rin tergelak kecil.

“Oh…ya… Tak sangka...” Dia mengangkat wajah dan menurunkan kaca matanya.“Erm…saya pergi dululah.Maaf.” Dia dapat rasa betapa tajamnya mata Iskandar ketika itu. Aduh, ngeri pulak bila Iskandar merenungnya sebegitu rupa.

Mungkin mereka sedang dating… keluh Rin. Dia melangkah laju menjauhi pasangan sejoli yang terpinga-pinga dengan tindakannya.

Seketika dia tersenyum. Tak apalah, hari ni dapat tengok muka dia pun jadilah. Gambar yang diambil sebentar tadi akan dijadikan koleksinya. Sudah banyak gambar yang dia tangkap.Semuanya untuk melepaskan rindunya pada jejaka pujaan hatinya itu.Dalam diam dia menaruh hati pada Iskandar.

“You!Kenapa you renung dia macam tu? Kan you dah buat dia takut?Tengok, dia dah pergi…” rungut Mira. Bukan senang dia hendak mencuri masa untuk berbual dengan sepupunya itu.

Mungkin bagi orang lain Rin seorang yang pemalu tetapi bagi orang yang mengenalinya seperti Mira, Rin sebenarnya tak adalah pemalu sangat! Dia seorang yang penuh dengan kejutan. Mungkin...

“You datang sini nak jumpa I atau dia?” soalan Iskandar memecah lamunan Mira. Sambil itu, tangannya menutup helaian muka surat novel kegemarannya. Banyak kali baca pun dia tak jemu.

Mira mencebik.Dia masih berdiri menghadap Iskandar. “Cakaplah apa yang you nak. I tak ada masa lah…”

“I tahulah, jangan nak tergesa-gesa sangat… Kalau you nak kita putus sangat dengan rela hati I putuskan hubungan kita ni.”

Mira terkesima. “Aaa…err…y..you…dah tahulah ni?” tergagap-gagap dia berkata.

“Yup. I tak rasa apa-apa pun. I suka kalau you rapat dengan Fazrul. He’s perfect for you and very gentlemen too,” komen Iskandar tanpa rasa marah apabila mengetahui Mira curang.

“Owh, I lega sangat… I ingat you…” dia kehilangan kata dan tersengih sumbing.

“Marah? No… You kan tahu I? You and me… Sekadar nak enjoy hidup bujang kita. I cuma perlukan kawan untuk spend masa I. Terima kasih sebab sudi jadi kawan I.”

“Kita tetap kawan, kan?”

“Yup! Owh, um… That girl… Who is she?” Dia bagaikan tertarik pula pada gadis yang bertudung biru sebentar tadi. Mira tersenyum nakal.

“Don’t start it, Is… She’s so naïve… You tak boleh mainkan perasaan gadis yang lurus macam cousin I tu. Dia terlalu baik. Carilah yang lain.” Dalam lembut terselit nada tegas di situ.

“Tak salah kalau I uji dia. Can I?”

“Suka hati youlah.”Mira mengangkat bahunya. Apa pun, dia lega sebab Iskandar tidak mengamuk apabila mendapat tahu dia ada affair dengan Fazrul.

Kalau tak naya aje aku kena bahan setahun! Teringat lagi akan seorang gadis yang pernah menjadi kekasih Iskandar. Habis dibulinya sampai gadis itu berhenti belajar. Teruk jugaklah perangai Iskandar ni sebenarnya.

Tapi perempuan tu pun satu… Iskandar bukannya tempat untuk menaikkan nama! Memang patutlah Iskandar melayan dia begitu.Pandai je jaja cerita. Macam mak nenek.

Mira mengeluh kecil apabila Iskandar tersenyum tanpa henti dari tadi.Mesti tak habis fikir fasal mangsa seterusnya. Tak habis-habis dengan sikap kasanova dia! Pasrah sajalah. Nasib baik aku dah lepas dari dia!

Rin mengusap kepalanya perlahan. “Sakitnya kepala…” dengusnya saat bangun dari sofa panjang.Wajah umi Nampak risau. Rin tercengang apabila umi memeluknya erat.

“Terkejut umi. Ingatkan Rin koma macam dulu…” ucapnya sebak. Matanya bergenang dan sarat dengan air mata. Rin serba-salah. Aduh, aku dah buat umi nak nangislah pulak. Sorry, umi...

“Apa dah jadi, umi?” dia terdiam tiba-tiba.Suasana menjadi hening.Umi jadi hairan.

“Kenapa Rin?”

“Err…tak ada apa…” Rin tersenyum nipis. Mimpi tu… Mimpi kepada permulaan di mana dia sudah menemui jawapan siapa Iskandar yang sebenarnya.

“Boleh ibu cerita tak apa yang dah jadi dengan Rin tadi? Adoi... Apa fasal sakit sangat kepala Rin nih…” rungutnya perlahan.

“Tiga hari Rin pengsan lepas terjatuh depan halaman rumah. Umi takut sangat sebab masa tu kepala Rin terhantuk kuat dekat pasu…Tapi doktor kata tak apa cuma ada gegaran sedikit. Umi tetap risau, honey…”

Rin tersenyum. “Ada bagus juga insiden tu.” Katanya tiba-tiba dan tergelak kecil.

Mata umi membulat besar. “Bagus?! Bagus apanya? Nyaris-nyaris nyawa umi melayang tau... Lain kali janganla cuai sangat...” bebel umi tanpa mengetahui maksud kata anak gadisnya. Rin tersengih.

“Umi...umi... Yelah, lain kali Rin hati-hati ya?” Dia tersenyum seraya mengimbau kembali mimpi tadi. Tiba-tiba senyumannya mati.

Bukan ke...aku dah minta putus?

...

Iskandar mendongak tatkala langkahnya dihentikan oleh sepasang kaki. Jelas kaki bersarungkan sandal wanita. Dia tersentak. Wajah manis yang sudah lama tidak ditatapnya kini merenungnya tajam.

“Err...”

“Hai,” Rin tersenyum nipis. Dia berpeluk tubuh dan merenung wajah Iskandar agak lama sebelum meneruskan kata. Nampaknya nak menunggu Iskandar tanya...

‘Eh, Rin...nak apa?’

Atau macam ni... ‘Rin, apa khabar? Lama tak jumpa?’

Atau pun... ‘Rin...apa you buat dekat sini?’

Ada kemungkinan macam tulah tapi Iskandar tetap membisu dengan riak kosong. Rin menghela nafas panjangnya.

“We need to talk. About you and me. About us. Shall we?”

Iskandar teragak-agak mengangguk. Dah bisu pulak lelaki ni...bisik hati Rin rasa nak tergelak dengan riak muka Iskandar dah macam cicak tertelan skru itu.

Setiba di taman, Rin terus duduk di bangku berdekatan. Iskandar masih berdiri. Rin berdehem kecil.

“Silalah duduk,” Hai...terbalik pulak. Sepatutnya dia yang ajak aku duduk! Apalah...

Iskandar cuba mengumpul semangatnya yang sudah hilang terbang sejak tadi. Dia mengerling Rin yang tenang diluaran tapi dalam hati dah bermacam angin yang melanda.

Kenapalah awak bisu? Cakap ajelah apa-apa... Nak marah ke... Naik meremang pula bulu roma aku dengan kebisuan dia!

“Saya nak keputusan yang muktamad.” Ucap Rin perlahan. Dia menyilang tangannya berpeluk tubuh dan menyandar di bangku. Iskandar termangu.

“Keputusan?”Hampir tak terluah. Dia tercengang-cengang. Aku ada bagi apa-apa keputusan dekat dia ke?

“Yea...keputusan. Saya ada minta putus hari tu tapi saya tak pasti awak dah bagi atau belum jawapannya. Jadi... apa jawapan awak?” Rin memandang Iskandar sekilas sebelum melemparkan pandangannya ke arah tasik berkenaan.  Wajahnya mula rasa hangat semacam.

Gugup ada. Rasa nak menangis pun ada. Hiii... malunya. Kenapalah Iskandar diam hari ni? Terpaksalah aku yang mulakan dulu! Haih...nasib!

Iskandar menongkat dagunya. “Awak rasa?”

Kenapalah tanya aku... dahla aku cukup segan sekarang nih! Rin menggeleng dan mengangkat bahunya. Mukanya masih cuba dibiasa-biasakan.

“Macam nilah... Saya... saya tak mahu jadi boyfriend awak dah.” Selamba sahaja Iskandar menjawab.

Ouch! Adui, kenapalah hati aku pedih sangat ni? Rin cuba mengawal riak wajahnya agar tidak kelihatan sendunya. Dia melemparkan pandangan ke arah lain.

Itulah, nak sangat jawapan. Sekarang, ambik kau! Betul-betul jawapan yang jujur dia bagi...

Tak payahla nak mengharap lagi, Rin... Terima ajelah...

“Saya... saya faham.” Rin bingkas. Dia terus berpaling untuk melangkah pergi.

“Dengar dulu, saya belum habis lagi...” Iskandar mencapai lengan Rin yang sudah berura-ura untuk pergi. Rin duduk kembali setelah Iskandar yang memaksanya duduk.

“Apa lagi? Saya cuma nak jawapan awak. Dan saya sudah tahu jawapannya. Terima kasihla untuk semua yang telah awak lakukan sebelum ni...” Mata Rin sudah berkaca. Dia menunduk cuba menyembunyikan riak kekecewaan di wajahnya.

“Saya belum habis cakap lagi... Saya tak nak jadi boyfriend awak tapi...”

Rin mengeluh kecil. Mesti dia nak aku jadi mangsa buli dia. Atau pun, dia nak aku jadi pembantu tak rasmi dia supaya dia boleh buli aku teruk-teruk tak pun...

“Jangan fikir bukan-bukan boleh tak?” Iskandar mencelah.

Rin tersentak. Iskandar merenungnya tajam. “Saya tahu apa yang awak fikir... Tapi semuanya yang awak fikirkan tu salah.”

“Habis tu?” Rin mencebik dalam diam. Elleh, gimik je lebih. Agaknya macam mana dia tahu apa yang aku fikirkan? Pelik betul.

“Saya nak jadi husband awak. Boleh?”

Rin terkejut. Dia tercengang untuk seketika. “Hah?”

“Saya cakap sekali. Malas dah nak ulang.” Iskandar mencebik. Punyalah susah aku nak luah ayat tu... Eee...geramnya. Dia menjeling Rin yang terpinga-pinga.

“Apa awak kata?”

“Mak cik, mak cik... Cuba mak cik ulangkan balik apa yang saya cakap tadi.  Dia tak dengar apa yang saya cakap tadi. Sedih betul!” Iskandar mencuit bahu mak cik yang kebetulan sejak tadi duduk di belakang bangku yang bersatu dengan bangku mereka.

Mak cik tua itu tersenyum. “Dia nak jadi suami kamu.”

“Dengar?” Iskandar bingkas. “Dah jomlah.”

“Nak ke mana?” Aduh, otak aku ni pula dah kenapa? Dah tak boleh nak mencerna apa-apa dah!  Dia terkebil-kebil apabila lengannya ditarik Iskandar. Er...berlapik sebenarnya ya. Jangan salah faham.

“Jumpa bakal mak mentua awaklah.” Dia tersenyum manis.

“Eh! Saya belum cakap apa-apa pun!” balas Rin bersahaja.

“Tengok muka awak pun saya dah tahu jawapannya... Haha...” Iskandar terus ketawa. Rin mencebik kemudian dia tersengih. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih, Ya Allah! Nampaknya sejak dia terlantar koma hari itu membawa sejuta hikmah buatnya.

“Kalau macam tu saya pun tak naklah jadi girlfriend awak!”

“Kenapa?” Iskandar terperanjat. Eh, dia tolak lamaran aku ke nih? Wajahnya pucat.

“Tu muka pucat tu kenapa? Saya tak nak jadi girlfriend awak sebab...” Dia mengulum senyuman paling ikhlas buat Iskandar.

“Saya nak jadi kekasih halal awak...” sambungnya perlahan.

“Terima kasih,”

“Untuk?” Rin mengerling Iskandar di sisi. Dia menjarakkan kedudukan mereka. Walaupun dia cintakan Iskandar tak bermakna mereka boleh bersentuhan sesuka hati. Iskandar memalingkan muka. Wajah lembut itu ditatap tanpa jemu.

“Sebab mengajar saya erti kasih sayang yang sebenar...”

“Owh...kay... Kasih diterima!”

Mereka berpandangan sesama sendiri dan saling berbalas senyuman. Berharap suatu hari nanti mereka akan memperoleh kebahagiaan dan menganyam bahagia menuju ke Jannah. Insya Allah.

...

Lebih baik kita dicintai orang lain sanggup berkorban demi kebahagiaan kita daripada terus mengejar cinta yang tak pasti. ^_^ thanks for reading.


2 comments: