Monday, 20 October 2014

CERPEN: My heart is for you!


 
“Tolong...tolong!” 
Mariam mengerutkan dahi. Lama dia terkebil. Nak menganalisa adakah itu suara lelaki mahupun perempuan sebab dia rasa 50/50! Nak kata lelaki iya...perempuan pun iya jugak! Takkan pondan kut?
“Aisy apeke bengap aku? Kalau dah namanya sayup dan perlahan manalah nak dengar kejantanannya?” Mariam segera menapak mendekati arah dari mana suara itu datang.
Plastik berisi botol kecil jatuh berterabur. Seketika matanya membulat. Mulutnya melopong. Apa yang dilihatnya betul-betul membuatkan jantungnya berhenti berdegup! Okay, hiperbola sangat.
Hensemnya dia!!!
Tapi sayang, dia nampak tak bermaya dengan luka di sana-sini. Botol kecil berlabel itu dicapai lalu disumbat semula ke dalam plastik tadi. Cepat-cepat dengan lagak heroin Mariam mendekati pemuda itu.
“Err...miss...eh, miss untuk perempuan. Mister! Mister!” entah apalah yang Mariam sebut dia betul-betul kalut. Nak cakap Melayu macam tak logik apabila sedar muka lelaki itu langsung tak nampak Melayu. Muka omputih.
Eh sekejap. Bukan dia sebut tolong ke tadi? Mariam garu kepala. Mungkin dia study dekat sini? Tapi...
Argh berapa banyak tapi hah?
“Encik tak apa-apa ke?”
“Sakit...” ucapnya perlahan. Hampir tidak kedengaran. Mariam melepaskan nafas perlahan. Matanya meliar mencari orang. Manalah tahu boleh tolong. Tapi..
Krik...krik...
Dengan suasana yang sunyi dan senja macam ni ada ke orang lalu lalang dekat lorong gelap ni? Mariam ketap bibir. Nasiblah kau Mariam. A hook or by a crook kau kena papah dia sorang-sorang.
“Nasiblah. Saya ni anak yatim piatu tau. Encik jangan salahkan saya kalau saya bawak encik balik! Tapi takpe...opah saya ada. Aduh...beratnya encik ni!” omel Mariam. Tubuh lelaki itu dipapah.
Mariam kalih pandang bila sedar dirinya diperhatikan. Gulp! Mata lelaki itu yang bertepek maskara....okay, sebenarnya lebam. Mata itu tunak memandangnya. Perlahan lelaki itu mengukir senyuman nipis sebelum bahu Mariam terasa berat dan dumm!
Lelaki itu pengsan!
....
Aduh...aku kat mana nih? Apesal pening semacam? Dahinya berkerut. Perlahan mata dibuka. Sebaik sahaja matanya terbuka luas...
“Assalamualaikum, encik!!”
“Mummy!” Lelaki itu terkejut. Spontan tangannya menolak gadis yang mendekatkan muka ke mukanya tadi. Gedebuk! Gadis itu jatuh macam nangka.
“Aduh...Sakitlah!” marahnya.
Lelaki itu menarik selimutnya. Menutupi tubuhnya. Kejap? Kau nak tutup apa sedangkan kau berbaju! Heisy, dia mengesot ke tepi sikit. Habis berpeluh mukanya. Dah macam apa entah reaksinya. Cuak! Gadis itu mengeluh sambil mengusap pinggang. Muka lelaki itu dipandang tajam.
“Penat saya angkat encik belum hilang tau! Suka-suki je tolak orang.” Rungutnya.
“Who are you?”
“You...you. You who...who hah you ni?!” Speaking pulak mamat ni. Tengok aku speaking. Mahu menangis kau dengar!
Lelaki itu terkebil-kebil memandang gadis tersebut. Sengihan terukir. Sah, gadis ni fail English masa SPM. Tu yang tunggang terbalik speaking dia!
“ Nama I...Tengku Rashid Ibrahim! You pulak?”
“Nur Mariam. Panggil Mariam je.” Melayu campur rupanya... Patutlah boleh cakap melayu.
“Nice name.”
Heeii...kau dah tahu aku tak berapa nak faham yang kau berspeaking jugak kenapa sengal? Mariam mencebik.
“Hah, Nur. Dah bangun budak tu?”
Ini bukan budak opah...tapi bapak budak! Mariam hanya senyum kelat. Ibrahim memandang Mariam.
“Boleh I tahu I dekat mana?”
“Apa benda kejadahnya I tu?” soal opah. Sudah! Opah tayang muka bingung. Ibrahim sengih. Alamak. Terbiasa pulak.
“Erm...soryy..eh...maaf. Saya dekat mana ya, mak cik?”
“Mak cik tu muda sangat tu, cu. Panggil je opah. Cu sekarang ni dekat rumah opah... Ni, budak ni yang bawak kamu balik. Awalnya opah terkejut jugak. Ingat budak manalah yang cucu opah ni culik. Cu jangan banyak bergerak. Luka-luka tu belum sembuh. Lagi berapa minggu baiklah semula.”
“Ohhh...” itu sahaja yang mampu Ibrahim ucapkan setelah mendengar ayat berjela opah.
“Macam mana boleh luka ni?” soal opah prihatin.
Ibrahim senyum sahaja. “Masalah pribadi. Opah tak payah risaulah! I...err...saya nak minta tolong sikit boleh tak opah?”
“Apanya?”
“Opah jangan report polis ya fasal saya? Saya tak nak opah terlibat sama.”
“Lah, kenapa pulak? Teruk awak kena belasah ni!” celah Mariam.
“No...it’s just... Hah...apa pun saya hargai jasa baik opah dan awak, Mariam. Cuma saya tak nak perbesarkan hal ni. Saya hanya perlu tempat teduh. Boleh saya tumpang rumah opah sehari dua?” mukanya penuh mengharap.
Opah ketawa. “Kenapa pulak tak bolehnya? Nak duduk lama-lama pun boleh! Anggap opah macam nenek kamu.”
“Terima kasih opah!” ceria sahaja muka lelaki itu. Laksana kanak-kanak ribena dapat gula-gula!
Mariam mendiamkan diri. Dia memandang opah. Opah ni...dengan orang tak kenal pun ramah. Entah dari manalah asal mamat ni. Buatnya yang belasah dia tadi tu geng along macam mana? Dengan aku-aku jugak yang susah! Keluh Mariam di dalam hati kecilnya.
...
Dari jauh Mariam memerhati wajah tegang Ibrahim. Entah apalah yang dia bualkan dekat telefon kaca tu. Alah...telefon yang sentuh-sentuh tu... Mariam tak tahulah apa namanya. Dah nama pun duduk jauh dalam pendalaman.
SPM jangan cakaplah. Cukup makan je. Tu yang dia duduk rumah tanam anggur! Menganggur sahaja kerjanya. Okay bab anggur tu mana ada. Dekat sini ada padi je. Dan jugak getah. Tang mana datangnya anggur?
Perasan diri diperhatikan, Ibrahim toleh ke belakang. Mariam angkat tangan tunjuk dua jari-peace. Macam yang budak-budak tadika buat bila nampak dia menyinga mendengar mereka memekik di luar! Hah, budak pun dah bijak sekarang.
Ibrahim terkebil-kebil. Tak tahulah apa masalah Mariam. Mungkin Mariam nak cakap sesuatu. Segera dia mendekat dan melabuhkan diri duduk di sebelah Mariam. Mariam mengesot sedikit. Menjarakkan diri. Kalau opah nampak...memang menangis tak berdengung dia nanti kena tibai! Berterabur gigi!
“Kenapa?”
“Kenapa apa?” soal Mariam bingung.
“Yelah, Mariam pandang saya semacam je. Manalah tahu Mariam nak cakap sesuatu.”
“Haisy, saya tak pandang awaklah! Saya pandang...pandang...hah! Pandang telefon tu. Saya tak pernah nampak pun. Selalunya yang tekan-tekan butang je.” Mariam kalut. Wajah cuba ditenangkan agar tak nampak sangat dia tengah menipu. Tapi ada betul juga. Memang dia pandang telefon itu selebihnya muka Ibrahim yang tegang semacam semasa menjawab panggilan.
Ibrahim ketawa. “Comel.” Gumamnya perlahan.
“Huh? Apa?” Mariam tercengang. Kurang jelas dengan ayat Ibrahim sebentar tadi. Ibrahim geleng. Telinga lintah betul perempuan ni!
“Saya nak cakap muka awak memang tak boleh menipu. Saya tahu awak pandang saya,” katanya selamba. Kemudian dia tersenyum senget.
“Perasan betul!” Mariam mencemik. Padahal memang betul!
Sunyi. Sepi sekejap.
“Err...awak, saya nak tanya awak ni ada campur-campur ke?”
“Campur apa?” soal Ibrahim pelik.
“Yelah...keturunan awak campur-campur ke? Sebab muka awak langsung tak nampak Melayu pun! Macam...mat salih.”
“Moyang saya Cina.”
“Ohh...”
“Moyang saya kahwin dengan orang Belanda. Dapat nenek saya kahwin dengan orang Arab. Datang Malaysia...dapat mak saya kahwin dengan orang Melayu. Habis cerita.”
Mariam melopong. “Maknanya keturunan awak banyak! Macam-macam negara. Nasib baik tak ada india kalau tak satu Malaysia!” Mariam gelak.
“Makcik saya kahwin dengan India muslim.”
Gelak Mariam terhenti. Erk? Memang satu Malaysia! Ibrahim senyum. “Awak?”
“Saya? Mestilah Melayu...Tapi, opah kata...moyang kepada moyang kepada moyang lagi ada yang cina. Tu yang kulit ni kuning langsat!”
“Patutlah...”
“Patutlah apa?”
“Mata awak sepet!”
“Hei!” Mariam membulatkan biji matanya. Ibrahim ketawa lagi. Baru dua hari dia di sini hubungan mereka sudah akrab macam adik-beradik. Ibrahim paling suka bab menyakat Mariam. Comel sungguh muka Mariam bila pipi dia merah menahan marah.
“Hmm...tadi tu awak telefon siapa?”
Ibrahim kalih pandang. Mukanya mendongak memandang langit. Mariam serba salah. Macam sensitif je soalan ni. Terus Mariam gelak tutup resah.
“Urmm...eerr...saya tanya je sebab muka awak nampak ketat macam jeruk  masa jawab telefon tu. Jadi...yela...saya...macam...hairan,” gugup kedengaran suara Mariam.
Ibrahim senyum nipis. “Tunang saya call.”
“Ohhh...” mulut Mariam membetuk O. Dia terkebil-kebil. Tak sangka Ibrahim sudah bertunang. Nama pun dah hensem mestilah dah berpunya! Terkilan sekejap.
“Dah tu? Kenapa masam? Dia mesti tengah risau kan? Yelah...awak hilang tanpa berita. Dia tahu tak awak kena pukul?”
Ibrahim tersenyum sinis. “No need to tell her. She don’t give a damn what happened to me.”
Huh? Mariam terpinga-pinga. Apa yang kau cakap ni labu? Setakat I-you..sorry...thank you..aku tahulah! Ini apa kejadahnya pun aku tak faham?
Ibrahim tepuk dahi. Mariam mana faham! “Hurm...tak payah fikirlah Mariam. Sakit otak je. Opah masak apa hari ni? Lapar pulak,” dia mengalih tajuk.
“Hari ni opah tak masak. Saya yang masak!” ucap Mariam dengan bangga. Yelah, opah keluar sekejap pergi tolong kenduri. Jadi untuk mengelak dia dan Ibrahim kebulur... Mariam turun padang untuk memasak! Kalau tak, jangan haraplah dapur tu berasap dengan kerja tangannya itu.
Ibrahim bingkas.
“Kalau macam tu jomlah masuk! Saya lapar ni,” Ibrahim menggesa. Teruja jugak nak merasa air tangan gadis itu. Kalau dah masakan opah menjilat jari, agaknya Mariam punya sampai menjilat siku tak? Okay, memang tak waraslah jilat siku!
Tapi kalau nak harapkan tunang dia? Hurm...takut kuku rosaklah...berbau tanganlah...sakit mata potong bawanglah....macam-macam!
Dengan muka ceria Mariam berceloteh sambil mengamit Ibrahim ke dapur. Tak lain tak bukan tentang jenis lauk yang dia masak pada hari itu.
...
“Bila kamu nak balik ni Rash? Mummy risau ni! Kamu okay tak? Mummy dengar Rash kena pukul! Siapa rawat kamu?”tanya mummy. Suara mummy Ibrahim kedengaran risau.
“Rash okay. Don’t worry. They treat me nicely mum,” Ibrahim menyandar di bangku kayu. Dari jauh dia memerhati Mariam yang sedang terjerit-jerit macam budak umur satu tahun. Apa lagi kalau bukan join sekaki main police and thief dengan budak-budak kampung! Tanpa sedar bibirnya tersenyum lucu.
“Ermm...mum...Dah lama Rash fikir...Rash setuju dengan cadangan daddy dan mummy.”
“Apa dia?”
Ibrahim meraup rambutnya ke belakang. “Next week Rash balik bincang dengan Nabilah.”
“Maknanya Rash sedia kahwin dengan Bella?”
“Yup.”
“Ya Allah! Thanks God! Nanti mummy bagitahu daddy ya?” teruja betul suara mummy di hujung talian. Bersorak macam budak-budak.
“Okaylah mummy. Rash ada benda nak buat. See you. Assalamualaikum,” usai mummynya menjawab salam dan mematikan talian, Ibrahim segera keluar dan mendekati kelompok kanak-kanak ribena. Termasuklah Mariam.
“May I join?”
“Sure!” jerit budak-budak manakala Mariam tercengang. Apa entah yang sure tak tahulah.
...
“Dah nak pergi?”
Ibrahim senyum nipis. “Mariam dengan opah jaga diri tau.”
“Ingat saya budak kecik ke?” Mariam membuang muka. Walhal dalam hati dia sedih sebenarnya. Kehadiran Ibrahim mengundang sinar keceriaan dalam hidupnya. Opah pun sedih tapi dia hanya senyum. Mata tua itu berkaca. Sudah sebulan Ibrahim di sini. Dah macam cucu kandung dia pun. Mestilah dia sedih bila Ibrahim kata dia dah nak balik.
“Awak, boleh saya panggil awak abang?” soal Mariam. Suaranya berubah sendu.
Ibrahim terkedu sejenak sebelum tersenyum senang. “Of course!”
“Abang hutang saya ni.”
“Hutang apa?”
“Kalau ditakdirkan kita berjumpa lagi suatu hari nanti...saya nak abang ajar saya bahasa Inggeris!” ucap Mariam bengang. Mana tak bengang. Cara Ibrahim speaking buat dia macam orang dungu. Tak tahu maksud apa yang Ibrahim cuba sampaikan!
Opah dan Ibrahim ketawa.
“Okaylah Mariam...abang janji. Mariam jaga opah baik-baik eh. Opah, saya pergi dulu.” Ibrahim mencium tangan opah. Dia hulur tangan pada Mariam. Mariam terpinga. Dengan muka blur dia hulur juga dan Ibrahim tarik tangan dan pegang tengkuknya dengan senyuman nakal.
“Ops! Lupa...haram!” dia sengih.
Mariam menjengilkan mata. Bibir diketap geram. Perangai..tak berubah! Sebulan cukup untuk Mariam kenal sikap Ibrahim yang satu ni. Kuat mengusik!
“Hisy, abang ni kan...!”
Ibrahim senyum.
Bye. Will miss you, bisik Ibrahim di dalam hati sebelum berpaling dan pergi. Cukup hanya dia sahaja yang dengar.  Pasti dia akan merindui keletah comel Mariam di bandar nanti. Rasa berat nak melangkah tapi dia ada tanggungjawab di sana. Keluarganya di sana sedang menanti.
Mariam dan opah hanya memandang sayu. Mariam berpaling. Tubuh opah dipeluk erat. Sudah lama dia tahan tangis dan akhirnya terhambur juga selepas Ibrahim hilang dari pandangan.
“Akan ada ke hari tu opah?” soalnya sendu.
“Sabarlah Nur...” opah turut mengalirkan air mata. Menangis dalam diam.
“Dia tak tahu Nur menanti hari je...lagi... Nur sakit opah! Hati Nur sakit! Semua orang yang Nur sayang pergi...Dan dia...Nur sayang dia juga. Lebih daripada seorang abang! Nur takut Nur tak sempat...Nur nak tatap muka dia..muka opah...walaupun Cuma sekejap sebelum Nur tutup mata....”tangisnya perlahan.
“Dahlah Nur. Nur tak boleh macam ni. Nanti Nur lemah.”
“Opah...Sakit...” Mariam tekan dada. Opah makin cemas. Beristigfar panjang dia apabila Mariam sudah tersungkur di kakinya.
“Ya Allah, Nur! Ya Allah...cucu aku! Bangun cu... jangan buat opah macam ni... Nur!” air matanya mengalir laju. Digoncang tubuh Mariam dengan kuat. “Nur!”
...
“Mariam!” Ibrahim terjaga. Nafasnya tercungap.
“Rash...kau okay?” teman disisi memandangnya hairan. “Siapa Mariam?”
“Err...aku mengigau.”
“Aku ingat apalah tadi. Nasib baik tak terbabas kau. Eh, aku nak tanya...siapa budak comel dekat terminal bas tadi? Cun gila!” mulutnya berceloteh tapi mata tetap ke jalan. Memandu dengan tenang.
Ibrahim resah. Jam dipandang. Mariam buat apalah sekarang? Entah kenapa jantungnya berdegup laju.
“Makwe aku asal?” soalnya garang.
“Tipulah. Agaklah weii...kau nak nikah esok kan? Patutnya dua hari lepas kau balik. Tulah, menangguh lagi. Bella tu dah macam cacing kepanasan. Takut kau tertangkap cintan dengan awek cun dekat kampung tu kau tahu? Cakaplah siapa...boleh aku try tackle...hehe...” dia sengih nakal.
Ibrahim menghembus nafas berat. Dia masih tak sedap hati dengan mimpinya tadi. Bayangan Mariam seakan meninggalkannya dengan baju serba putih! Sungguh...dia takut. Tapi entah apa yang dia takut dia tak pasti. Muka Mariam ceria sahaja semasa dia hendak pulang. Takde pula sedih melebih. Siap tanya nombor telefon lagi.
“Dia tu dah berpunya.” Hentam jelah. Entahkan betul atau tidak fakta itu. Bukan dia tak kenal mamat sebelah ni. Makwe keliling pinggang! Tak sanggup dia biar Mariam jadi mangsa seterusnya.
“Melepas...”
“Pirrah. Mira, Tasya..Katty....semua tu kau nak campak mana? Dalam almari kasut kau?”
“Oh...hehe...diorang tu kawan jelah. Tak mainlah cinta bersegi-segi!”
“Banyaklah kau bersegi, Lan. Dah playboy tu mengaku jelah. Aku kenal kau sejak kita baby lagi. Dah masak dengan perangai kau ni.” Panjang pula omelan Ibrahim. Mana taknya...mereka ni sepupu. Tambah pula emak dia dan mummy Ibrahim adik-beradik. Kembar!
Mazlan senyum kambing. Terkena aku!
“Eh, sekejap. Aku lupa nak bagitahu kau...Semalam daddy kau accident. So, esok lusa tulat baru kau nikah.”
“What?!!!” bergema jeritan Ibrahim memecah ruang kereta mewah milik Mazlan.
...
“Macam mana keadaan pesakit doktor?” soalnya perlahan. Doktor bernama Anis itu mengeluh lemah.
“Kami perlukan penderma hati untuk pesakit. Keadaan pesakit nampaknya sangat kritikal. Pembedahan perlu dilakukan segera.” Ucapnya mendatar. Turut bersimpati dengan keadaan cucu wanita tua itu.
“Ya Allah...berapa lama nak tunggu doktor?”
“Kalau boleh kena buat pembedahan secepat mungkin. Kalau tak...saya...mohon maaf. Keadaan dia terlampau kritikal. Saya tak dapat nak jamin, puan.”
Wanita itu terduduk. Tunduk sambil menekup mulut menahan esakan. Doktor Anis meminta diri kerana perlu hadir ke wad kecemasan.
“Eh...? Opah?”
Wanita itu mendongak. Terkedu.
“Ibrahim...?”
...
Awalnya Ibrahim hendak pulang. Daddynya bukanlah cedera parah. Dalam sehari dua bolehlah balik. Mungkin atas faktor tekanan darah tinggi akibat terkejut selepas kemalangan itu yang membuatkan dia ditahan dalam wad.
Matanya beralih pada opah. Masih keliru dengan kehadiran opah di sini.
“Opah buat apa dekat sini? Opah sakit ke? Mana Mariam?”
Opah ketap bibir. Geleng perlahan.
“Lah, saya dah suruh jaga opah...Budak ni...” Ibrahim mendengus lembut.
“Dia ada,” ucap opah tersedu.
Ibrahim pandang opah semacam. Mazlan disisi langsung tak dihirau. Mazlan berundur setapak. Dia tahu Ibrahim dan orang tua itu perlu privasi. Ditarik tangan mummy Ibrahim ke  wad daddy Ibrahim semula.
“Kenapa tu?” soal mummy.
“Adalah masalah dia... Jom tengok uncle!”
“Eh tadikan dah tengok,”
“Isy, aunty ni tak sportinglah...uncle kan sakit?”
“Aisy budak ni... Kamu yang nak balik kan? Memang aunty nak pergi tengokkan uncle. Kamu ni, tak reti nak balik ke?”
“Menghalau ke aunty? Sedih I tau...” katanya dengan nada gedik. Eee...geli.
“Auuchh! Sakit! Okay aunty. Okay! Mengalah...mengalah..” menjerit kecil Mazlan dipiat ibu saudaranya itu. Itulah! Nakal sangat. Padan muka!
Di hadapan wad ICU, opah dan Ibrahim masih berpandangan. “Opah, kenapa ni?” risau dia melihat wanita yang dianggap nenek kandungnya itu menangis.
“Nur...”
“Kenapa dengan Mariam?”
“Dia dekat dalam.”
“Dalam? Dalam mana opah?” soal Ibrahim pelik. Dipandang pintu ICU. Takkanlah? Mukanya pucat. Tak mungkin.
“Opah, Mariam mana?” soalnya cemas. Tak terkawal dah kegusaran hati. Apatah lagi mimpi tadi masih menghantuinya.
“Nur sakit cu...Cucu opah sakit. Sekarang dia tak sedarkan diri. Hati dia... hati dia...perlukan penderma. Opah tak boleh. Doktor tak bagi... Ya Allah, cucu aku. Kesian cucu opah!” opah tak tahu nak terang macam mana. Dia hanya tersedu sahaja.
“Ya Allah...” Ibrahim terjelepok. Inikah yang dia takutkan? Kehilangan Mariam!
“Opah...kalau inilah apa yang saya kena bayar atas budi dia selamatkan saya.... saya sanggup opah. Mana doktor? Saya nak jumpa dia.” Dengan tergesa dia bangun.
“Ibrahim nak buat apa?”
“Saya nak dermakan hati saya.”
Opah terkedu kuasa dua!
...
“Opah...” nafas Mariam tidak teratur. Tercungap.
“Abang...” mulut mungil itu meracau perlahan.
Tangan Mariam digenggam. “Opah dekat sini sayang. Opah dekat sini. Alhamdulillah...Nur dah sedar. Nur opah dah sedar...” dia mengucapkan syukur tanpa henti. Mariam mendecit perlahan apabila terasa dadanya begitu menghimpit. Pedih.
“Hati-hati Mariam. Jahitan masih baru. Nanti berdarah pulak.” Tegur seseorang.
Mariam mengalih pandang.
“Saya mummy Ibrahim,” jelasnya perlahan dan mendatar. Tersenyum nipis merenung wajah pucat lesi Mariam. Mariam membalas senyuman wanita berusia dan masih anggun itu. Tiba-tiba senyumannya pudar.
“Opah...abang mana?”
“Ibrahim...dia..”
“Aunty! Aunty!” jeritan garau milik Mazlan mencelah perbualan opah dan Mariam. Mereka di dalam wad kecemasan itu tercengang.
“Kenapa Lan?”
Mazlan genggam telefon di tangan. “Daddy cakap... Ya Allah...Innalillah....” Dia tertunduk. Sedih.
“Siapa meninggal?” soal mummy cemas. Opah juga manakala Mariam tak tahu hujung pangkal mula tak sedap hati.
“Ya Allah anak aku?” mummy mula tak keruan.
“Ibrahim...”
Belum sempat Mazlan menghabiskan ayat, wad itu kembali kecoh. Mariam pengsan!
...
Tiga hari kemudian...
“Menung apa tu?”
Mariam tersentak. Dia mengukir senyuman nipis. Terasa hangat saat pinggangnya dipeluk dari arah belakang.
“Terkejut Mariam.”
“Ada orang tukan...pengsan masa dekat wad. Abang baru nak masuk terus pelik bila nampak dia pengsan.”
“Mazlanlah bikin gempak!” marah Mariam. Sengal punya Mazlan. Baru dia tahu dari mana datangnya sengal Ibrahim kalau tak sepupu dia sendiri!
“Ibrahim....punya kucing kesayangan meninggal..” dengan muka tak bersalah ayat itu disambung selepas dia sedar dari koma.
Hisy! Ingat apalah tadi. Rasa nak tercabut je jantung Mariam masa tu. Boleh pulak lelaki itu main-main!
Ibrahim ketawa. Syukur. Sesudah menjalani pembedahan, Mariam akhirnya melepasi tahap kritikal. Ibrahim pun selamat tanpa sebarang komplikasi. Siapa sangka pada majlis pernikahan Ibrahim yang sepatutnya bersama Bella di hotel mewah bertukar pula majlis nikah di wad hospital. Tak ke haru?
Apa pun Bella juga terima dengan hati terbuka. Mana dia tak terima kalau dari dulu dia pun sebenarnya sudah lama ada buah hati. Terpaksa bertunang dengan Ibrahim pun sebab keluarga. Tapi mummy dan daddy faham dengan pilihan Ibrahim akhirnya menerima Mariam sebagai menantu mereka. Begitulah kisahnya.
“Abang...” Mariam berpusing dan merangkul pinggang Ibrahim. Tak boleh bergerak ganas sangat sebab jahitannya masih belum sembuh. Mereka terpaksa tidur di wad khas untuk mereka berdua sahaja. Nama pun dah VVIP. Asalnya mummy dan daddy nak bawa mereka balik dan rawat dekat rumah. Tapi doktor halang. Mereka belum sembuh lagi!
“Janji mana?”
“Apa?”
“Yelah, janji abang nak ajar Mariam bahasa Inggerislah! Abang ni... lupa eh?” mata Mariam membulat. Ibrahim gelak.
“Mariam, kita dekat wad kan? Nak belajar apa?”
“Yang asas dululah.”
“I...”
“Itu Mariam tahulah bang!” dengus Mariam. Ibrahim tutup mulut Mariam.
“Belum habis lagilah sayang.”
Muka Mariam merah. Rasa lain macam bila Ibrahim panggil dia sayang!
Ibrahim makin galak mengusik. Bibirnya didekatkan ke telinga isterinya. “I love you...”
Mariam tergamam. Bulat matanya memandang Ibrahim.
“Maksudnya, Mariam cari sendiri dalam kamus.” Ujar Ibrahim selamba. Mariam ketawa kecil. Ibrahim yang berura hendak ke katil ditarik semula lantas dipeluk tubuh suaminya dengan kemas.
“Tak payah cari...jawapan dah ada. Mariam pun cintakan abang juga,” bisiknya lembut ke telinga suaminya.
Ibrahim terus mendekatkan muka. Baru je bibirnya hendak mencecah bibir mungil Mariam, Mariam menghalang dengan tapak tangannya.
“Hesy, mana boleh.”
“Kenapa pulak?” soal Ibrahim tak puas hati. Dah halal apa.
“Kitakan sakit!” tegur Mariam.
“Sakit dekat hati je sayang...dekat muka tak kan?”
“Abb...” mata Mariam membulat. Suaranya mati. Kaku.
“I love you too!” bisik Ibrahim. Hai, masih tak habis berbisik rupanya.
“Abang!” Mariam menjauh. Mukanya merah padam. Melilau matanya memandang sekeliling. Cuak jugak ada yang melihat adegan tak senonoh suaminya tadi.
“Cari apa?” soal Ibrahim pelik.
“CCTV! Kalau dia rakam tadi tahulah abang!” Mariam ketap gigi. Ibrahim gelak. Ingat apalah tadi. Tubuh Mariam dibawa ke dalam dakapannya semula. Lantas kepala gadis itu dicium.
“Walaupun dah terlambat...abang tetap nak cakap jugak...terima kasih sebab bantu abang masa abang sakit hari tu.”
“Mariam pun nak berterima kasih dekat abang...Terima kasih sebab sudi beri separuh hati abang untuk Mariam.”
“Hati abang dah lama pun dekat Mariam. Mariam je tak sedar. Jual mahal!”
“Sejak bila?”
“Tak ingat? Meh kita ingat balik...”
Mariam kalih pandang bila sedar dirinya diperhatikan. Gulp! Mata lelaki itu yang bertepek maskara....okay, sebenarnya lebam. Mata itu tunak memandangnya. Perlahan lelaki itu mengukir senyuman nipis sebelum bahu Mariam terasa berat dan dumm!
Lelaki itu pengsan!
Mariam terdiam.
“Tulah kali pertama jantung abang berdegup kencang tengok perempuan!” cerita Ibrahim. Mariam terharu.
“Jujur Mariam nak cakap...masa tu jugaklah Mariam jatuh suka kat abang. Bila dah suka terus jadi cinta.”
“Mariam, selagi hidung abang masih bernafas...”
Mariam gelak. “Ayat abang lawaklah. Ada ke hidung?” celahnya pantas.
“Habis tu Mariam bernafas guna apa? Kaki?” soal Ibrahim geram. Nak berjiwang pun terbantut.
“Okay, teruskan.” Mariam tahan gelak.
“Dahla takde mood.” Ibrahim merajuk! Pelukan dirungkai. Dia beralih ke katil dan terus menyelubungi dirinya. Mariam ketawa lagi. Emo pulak?
“Abang...”
Ibrahim membatukan diri saat katil terasa mampat sebelah. Mariam memeluk Ibrahim dari belakang.
“Sempitlah,” rungut Ibrahim. Walhal dalam hati dah mula cair. Tawa Mariam masih bersisa. Serius Mariam! Serius!
“Sorry ya. Mariam tak reti nak berjiwang karat tapi...selagi jantung Mariam masih berdegup izinkan Mariam menjadi suri dalam hidup abang?”
Ibrahim terharu. Pantas dia berpaling. Tubuh isterinya dipeluk kemas.
“Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup abang. Sudi jadi isteri abang dan seterusnya bakal jadi ibu kepada anak-anak abang.”
Mariam tercengang. “Amboi! Anak-anak? Macam ramai je.”
“Tak banyak...Sepuluh boleh?”
Mariam menganga. “Ha, boleh. Tunggu lepas sihat dulu! Okay, nak tidur!” Seram! Bukan boleh percaya suaminya ini. Daripada terbabas baik dia lari dulu. Kang tak pasal bilik mereka diserbu para doktor tak ke naya?
Ibrahim ketawa. Mariam...Mariam.
...
Saya memang suka buat watak yang ceria. Kalau sedih-sedih pun bosan juga kan? Okay! Sekian. J

2 comments:

  1. Menarik..buat lah lagi cerpen..best

    -imah

    ReplyDelete
  2. All your cerpen best... Why not you buat novel... BTW I suka semua cerpen you... Keep it up...

    ReplyDelete