Sunday, 19 October 2014

CERPEN: our secret









 

 Karya pertama saya. Please enjoy! Happy reading. ^_^

Tiga tahun berlalu memberi sinar kebahagian untukku. Sepanjang tiga tahun itu aku dan suami dikurniakan sepasang kembar yang comel. Haha...puji anak sendirilah pula! Aku memandang Joe yang sedang berbual dengan temannya. Usai berbincang, dia terus mara menghampiriku. Dia tersenyum mesra. Tanpa mempedulikan sekeliling, dia dengan selamba mencium pipiku.
         Siulan daripada temannya menambahkan lagi rona pada wajahku. Aku segera menolak dirinya dengan perlahan tanda segan. Mata kujengilkan dan dia hanya ketawa melihat tingkahku. Perasaan malu masih menebal dalam diri walaupun sudah tiga tahun usia perkahwinan kami.
         “Abang...” nada suaraku kedengaran tidak puas hati.
“Apa nak dimalukan? Kita bukannya dekat Malaysia pun, sayang.” Dia mencuit hidungku dan terus memeluk bahuku. Aku mencebik. Bukan dekat Malaysia pun...sama saja. Malu tahu!
         “Okaylah Joe, kitorang pergi dulu. Bye, Adam... Bye my sweety girl, Sophia...” Kamal, teman baik Joe mengusap kepala kembar kami dengan senyuman riang. Joe tersengih manjang dan apabila tersedar aku merenungnya tajam, terus sengihannya mati.
         “Apa?” soalnya dengan wajah don’t know.
         “Abang ni, kan... Malulah dengan Kamal! Selamba saja cium Zara.” kataku dengan wajah sengaja kukelatkan. Joe tertawa kecil.
         “Biarlah apa orang kata... Dah Zara yang goda abang manalah abang nak tahan!” balasnya pula. Aku tidak percaya Joe yang dihadapanku ini ialah Joe yang dulu. Semakin nakal dan gatal pula sikapnya! Aku segera mengetam lengannya hingga dia mengaduh sakit.
         “Malam ni Zara nak tidur dengan Adam dan Sophia. Abang tidur sendiri.”
         “Alah, sayang...” Joe merengek manja. Aku menjulingkan biji mataku dan terus menarik stroller kembarku. Joe segera mengambil alih tempatku dan kini stroller bertukar tangan. Aku memeluk tubuh dan masih masam mencuka. Kami melangkah beriringan pulang ke rumah. Senang bagi kami kerana rumah yang dibeli Joe sempena hari lahirnya berdekatan dengan kampus.
         “Okay, fine... Abang tak akan buat lagi. Mungkin juga tak...”
         “Abang!” Aku mencekak pinggang apabila dia masih memutar belit ayat. Joe ketawa kecil. “Zara tahu tak, apa saja Zara lakukan nampak menggoda di mata abang.”
         Wajahku serta merta berubah kemerahan. Aku mengalihkan pandangan. Joe tersenyum lebar lantas memaut daguku. “Janganlah marah. Abang janji abang tak buat lagi...”
         Mendengarkan ayatnya yang romantis itu, hatiku jadi cair serta-merta. Aku tergelak kecil. “Iyelah, iyelah... I’ll forgive you.”
         “That’s my love...” spontan bibirnya hinggap di pipiku. Aku tersentak. Baru saja dia janji tak akan cium aku depan orang ramai dan ternyata dia mengungkirinya lagi! Memang nakal.
...
Ketukan di pintu memeranjatkan aku. Aku menarik selimut dan menyelimuti kembarku yang sedang tidur nyenyak di tengah katil bersaiz King itu lantas aku meletakkan bantal sebagai penghadang. Rambutku ikat sanggul dan aku mencapai tudung.
         “Surprise!!!”
         Aku terkejut sakan apabila kelihatan seorang wanita berkaca mata hitam sedang mendepangkan tangannya. Dahiku berkerut. Setelah dapat mencerna dengan baik akhirnya aku sedar siapa di hadapanku kini.
         “Mak Cik Laurel!!!” Aku menjerit kecil. Lantas tubuh genit itu kupeluk erat.
         “Hey, naughty girl... Ingatkan dah tak ingatkan aunty lagi. Susah betul nak jumpa Zara sekarang ni, kan? Hmm...Adam dengan Sophia mana? Oh, I miss them so much!” Selain teman-temanku yang lain, Aunty Laurel juga tahu bahawa aku sudah bersuami. Aunty Laurel memang sporting. Aunty Laurel juga merupakan sahabat baik mak dan ayah.
         “Diorang tengah tidur dengan daddy diorang. Aaa... sekejap.” Aku berlari masuk ke dalam bilik setelah menghidangkan secawan kopi untuk Aunty Laurel. Joe kukejutkan.
         “Abang,” aku menggoncang bahu suamiku. Berhati-hati agar si kecil tidak terjaga. Aku menghembus nafas panjang. Pinggangku cekak sambil bibir terjuih ke hadapan.
         “Abang... wake up.” bisikku ke telinga Joe. Tetap tak ada respon. Perkara yang malas untuk aku lakukan ialah mengejutkan Joe yang sememangnya sejak azali suka tidur mati. Susah betul hendak mengejutkan lelaki itu! Seketika aku mendapat idea. Aku segera mengalihkan kedua kembarku yang nyenyak tidur itu ke dalam baby coach.
         Aku mencapai air sejuk dan memasukkannya di dalam bekas. Aunty Laurel menjongket keningnya. “Apa Zara nak buat ni?” soalnya pelik. Aku sengih.
         “Just wait and see. Aunty tolong tengokkan my babies, ya? Zara nak uruskan bayi besar ni dulu.”
         Aunty Laurel tergelak kecil. “Naughty girl...” Dia mengusap kepala anak-anakku dan aku, melangkah ke bilik dengan berhati-hati. Segera aku duduk di sebelah Joe. Bekas kuangkat dan...
         Burr...
         “Mak! What the...” Joe menjerit kecil apabila semangkuk air sejuk yang kuambil dalam peti ais membasahi wajahnya. Menggigil lelaki itu lantas menjelingku tajam. “Zara Alisya! What are you doing, huh? Nak abang mati kesejukan ke?”
         Aku tergelak kecil. “Zara dah kejutkan abang dengan cara baik... Abang tu yang tak mahu bangun. So, cara ini terbukti berkesan sekali untuk mengejutkan abang! Aunty Laurel dah ada dekat luar tu.” kataku selamba. Joe mendengus lembut.
         “Abang sejuk ni, sayang.”
         “Salah abang sendiri.” kataku memandangnya sekilas. Bibir Joe sudah kebiruan. Gila betullah kau ni, Zara. Sudahla sekarang ni musim salji, lagi kau jirus suami kau dengan air sejuk kenapa? hatiku berbisik. Joe memeluk tubuhnya. Aku menghela nafas panjangku.
         “I’m sorry.... It won’t happened again. I’m promise.” Aku mencapai tangannya dan meletakkan tangan kasar itu ke pipiku. Riak wajahku serba-salah. Joe mengerlingku. Secebis senyuman terukir di bibirnya yang merah bertukar kebiruan itu.  Semakin lama kuamati semakin nakal. Apa motif dia sekarang ni?
“Just give me a kiss and I’ll forgive you.”
Mataku terbuntang. Bibirku terbuka untuk membantah namun Joe segera menarik lenganku dan bibirnya mencium dahiku kemudian beralih pula ke kelopak mata. Hampir sahaja kami tenggelam dalam keasyikan namun ketukan di pintu menyentakkan perasaan itu.       
“Hoi, berapa lama lagi aunty nak kena jadi babysitter ni?!” laung Aunty Laurel sambil mengetuk pintu dengan kuat. Joe beredar ke bilik air diiringi senyuman nakalnya manakala aku dengan wajah yang masih hangat, segera membuka pintu.
Patutlah Aunty Laurel menjerit, kedua kembarku itu semakin aktif menarik-narik hujung skirt dan rambut auntyku yang sudah kusut masai. Wah, nakal mereka sama macam daddy dia!
“Kenapa muka Zara merah?” Hilang perasaan geram pada cucu angkatnya bertukar pada hairan apabila melihat wajahku. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Wajah yang merah semakin merah membahang!
“Aaa..tak ada apa.” Aku tersengih sumbing. Aunty Laurel tersenyum sahaja. Pasti dia sudah menebak apa yang berada di fikiranku pada saat itu! Arrgh...malunya...
...
Kedatangan Aunty Laurel adalah untuk mengkhabarkan satu berita penting dan sangat memeranjatkan aku. Wajah Joe bertukar muram manakala aku tunduk menekur jari-jemariku.
         “Baliklah, Zara. Your father needs you. Bawa Joe dengan anak-anak sekali. Terus-terang apa yang sudah terjadi. Jangan buat mereka runsing, honey.” Aunty Laurel cuba memujukku. Aku memandang Joe. Kemudian aku memandang Aunty Laurel. Berselang-seli. Fikiranku jadi buntu.
         “Tapi kalau mereka tak setuju macam mana? Zara takut mak dan ayah akan buang Zara...” kataku sebak. Air mataku mula menitik namun segera diseka Joe. Suamiku itu sentiasa berada di sisiku. Pelukannya mendamaikan hati aku. Aku melentok kepalaku manja di bahu sasanya. Aunty Laurel mendengus lembut.
         “Zara, aunty kenal mak Zara. Lagipun ayah Zara dah nazak, Zara. Pergila balik sebelum menyesal.” Aunty Laurel mengusap kepalaku lembut. Kemudian matanya singgah pada Joe. Mereka berbalas senyum dalam diam. Aku yang tidak mengerti maksud senyuman itu hanya tunduk menekur kakiku.
         “Jangan sembunyikan kebenaran, Zara. Ayah Zara berhak tahu. Lagipun dia dah tak ada apa nak dimarahkan lagi... Aunty yakin, dia akan redha dengan pilihan Zara. Lagipun Joe bukannya orang jahat pun sampai tak diterima... bukan?” Aunty Laurel cuba melawak namun tidaklah selawak mana. Aku mengetap bibirku kemudian mengerling Joe yang diam sedari tadi.
         “Abang...”
         “Kalau Zara tak boleh nak berterus terang, tak apalah. Abang akan jaga anak kita di sini. Zara baliklah jenguk mak dan ayah. Abang akan cuba minta cuti daripada pihak kampus untuk jaga diorang masa ketiadaan Zara.” katanya lirih. Sepanjang kami bersama, aku dan dia tidak pernah berpisah untuk jangka masa yang lama. Kami sentiasa bersama tak kira waktu. Macam belangkas!
         Aku menggelengkan kepala. “Tak, abang kena ikut sama. Zara tak kuat seorang diri...” kataku perlahan. Wajah Joe berubah. Dia nyata gembira dengan pelawaanku. Aku perlukan sokongannya.
“Baiklah. Kita akan bertolak esok.” katanya penuh semangat. Aku sedikit tersentak. Begitu cepat? Aku ingatkan dia akan menangguh beberapa minggu.
         Aunty Laurel tersenyum lega. “Lebih cepat lebih baik. Lagipun kamu berdua masih dalam cuti, kan?”
         Joe dan aku sama-sama mengangguk. Kami berbalas pandang. Aku tersenyum hambar. Debaran semakin kencang. Aku berasa gerun untuk memikirkan reaksi mak dan ayah tentang berita pernikahanku yang sudah lama terjalin rahsia ini.
...
Sejak dari dalam pesawat, Joe tidak putus-putus menenangkan aku. Hampir sahaja aku kehilangan semangat. Benar tindakanku ini. Membawa Joe bersamaku tidak salah kerana jika dia tiada mungkin aku ibarat layang-layang yang putus talinya. Joe menggosok kepalaku yang berlapikkan tudung.
         Senyuman terukir di bibir merah itu. Aku membalas senyumannya dengan sengihan kelat.
         “It’s okay, sayang... Everything is under control... Abang ada di sisi Zara. Be brave.”
         Aku melentok manja di dadanya. Tidak aku pedulikan senyuman menyindir Aunty Laurel. Alah, dia jealouslah tu. Uncle Rizal sekarang tinggal di Amerika. Kat Aunty Laurel, minggu hadapan barulah suaminya akan pulang. Adam dan Sophia saling ketawa apabila mereka terpandangkan awan yang berada di luar tingkap pesawat.
         “Percaya sajalah cakap aunty... Everything just gonna be fine. Alah, setakat kahwin tu apalah salahnya. Malah mak Zara patut berbangga sebab anak dia mendirikan sebuah ‘masjid’! Dapat pahala tau...” Aunty Laurel menguis-nguis pipi gebu Sophia.
         “Masalahnya... Mak mesti terkejut. Anak dia kahwin masa umur tujuh belas tahun!” balasku dengan wajah risau. Iyalah, aku ditawarkan belajar diluar negara apabila keputusan SPMku melayakkan aku belajar oversea. Jarak umur aku dan Joe hanyalah setahun. Kami ni masih remaja kalau diikutkan umur ketika bernikah dulu!
         Aunty Laurel ketawa. “Apa salahnya... Orang dulu-dulu pun kahwin muda juga...”
         Aku menggaru kepalaku. Joe nampak tenang saja. Sepatutnya kalau diikutkan asal, sepatutnya Joelah yang patut menggelabah melebihi aku! Tapi aku pula yang terbalik. Aku pandang wajah anak kembarku yang sedang seronok menikmati pemandangan di atas awan. Telatah mereka menaikkan semangat aku yang merundum. Ya, demi anak-anakku. Aku akan memberanikan diri aku. Juga, demi cinta aku pada Joe akan kukuatkan azamku.
         “Kita dah nak sampai...” bisik Joe ke telingaku. Aku membalas genggaman tangannya. Aku tahu, dia juga gementar seperti aku. Tetapi dia lelaki, tak macholah kalau over sangat. Aku menarik nafas panjang. Malaysia...here I come!
...
“Zara! Ya Allah... Abang, Zara dah balik!” Mak segera memeluk aku dengan erat. Aku menangis di bahunya. Mungkin ini pelukan terakhir sebelum aku memberitahu berita yang paling mengejutkan. Aku menjeling ke luar sekilas. Joe dan anak-anakku sedang berada di dalam kereta Aunty Laurel. Dapat kulihat senyuman Joe. Seolah-olah memberi aku kekuatan untuk menghadapi kenyataan ini.
         “Alhamdulillah... Bertutup juga kepala kau, Zara.” ucap ayah lemah. Dia nampaknya senang dengan kehadiranku. Aku meneguk air liur yang terasa perit dikerongkong. Ya Allah, kuatkanlah hatiku.
         Sebenarnya, aku bertudung litup pun sejak Joe menikahi aku. Kata Joe, kecantikanku hanya untuk tontonannya saja. Dia tidak rela kecantikanku dinikmati orang lain. Aku adalah miliknya seorang. Itu kata Joe. Dan aku, malas hendak bertelagah menurut sahaja kehendaknya. Lagipun dia suami aku. Dia berhak menyuruh aku menutup aurat. Aku tahu, Joe cemburu.
         “Zara...” ayah melilau mencari sesuatu. Aku memandang ayah dan segera membantu ayah duduk. Mata ayah tajam merenung wajahku. Aku jadi resah. Pasti ayah mengesyaki sesuatu. Akhirnya wajah serius itu bertukar kendur.
         “Mana suami kau?”
         Mataku terbuntang. “Suu...suami?” Jelas aku terkejut! Belum lagi berterus-terang, ayah sudah tahu aku sudah bersuami?! Dasyatnya.
         “Ha’ah. Mak teringin nak jumpa orang yang dah buat anak mak berubah 360 darjah ni.” kata mak selamba. Aku terpinga-pinga. Belum sempat aku menjawab, kedengaran salam di luar rumah. Aku mematung di katil ayah.
         “Atom! Atom!”
         “Cucu nenek.... Ya Allah, comelnya!”
         Bagaikan terkena renjatan elektrik, aku terpegun di sisi katil membiarkan sahaja mak yang sudah meluru ke arah anak kembarku. Suasana menjadi hingar bingar dengan suara mereka melaungkan salam dengan nada yang pelat. Mataku berkaca. Jauh di sudut hati, aku lega kerana mak menerima anak-anakku sebagai cucunya dengan baik.
         “Err...mak, ayah.” Joe menghulurkan tangannya pada mak. Mak menangis kecil dan terus memeluk Joe. Joe terkebil-kebil. Ayah tergelak manakala aku masih terpaku. Aku masih tidak percaya. Adakah aku bermimpi?
         “Hey, jangan dipeluk lama sangat... Jealous abang tengok.” kata ayahku bersahaja. Mak tersengih saja. Joe mendekatiku dan meraih pinggangku. Aku memandangnya. Macam pandang alien. Kening Joe terjongket sedikit dengan reaksiku yang seperti tersampuk hantu itu.
         “Mak ingat sampai ke tua mak tak dapat jumpa kau, Joe. Mak cuma kenal engkau dari Aunty Laurel saja. Mak bersyukur dan mak tak marah kalau kau jadi menantu kami. Sekurang-kurangnya ada orang yang dipercayai boleh jaga anak mak dekat sana.”
         “Jadi, mak dan ayah tak marah?” soalku dengan wajah blur. Ayah menepuk-nepuk kepalaku perlahan.    
         “Bukankah Joe sudah meminta kebenaran mak dan ayah untuk menikahi Zara? Kami dah lama tahu cuma tak ada kesempatan untuk berjumpa.”
         “Tapi kenapa mak dan ayah langsung tak pernah tanya pun selama ni...”
         “Zara sendiri yang nak main tarik-tali! Kami nak dengar dari mulut Zara sendiri... Lagipun, Joe dari awal lagi minta restu mak dan ayah untuk kahwin dengan Zara.”
         “Abang!” Aku menjengilkan mataku pada Joe. Patutlah dia tak takut nak balik sini. Rupanya dia sudah lama tahu. “Sampai hati abang rahsiakan semua ni... Mati-mati Zara ingat Zara akan kena pelengkung bila Zara balik rumah dalam keadaan sudah bersuami. Abang ni teruk!”
         Joe mengeratkan pelukan apabila aku memberontak lantas tersenyum nipis. “Sorrylah, sayang... Zara sendirikan yang cakap... Zara tak mahu mak dan ayah Zara tahu? Kalau abang cakap yang abang dah beritahu mereka mesti Zara tak nak kahwin dengan abang, kan?” kata-kata Joe ada juga betulnya.
         “Joe, kau terangkanlah budak ni sampai dia faham. Mak dan ayah nak keluar pergi kenduri sekejap.”
         Aku terkebil-kebil memandang ayah dan mak yang menjinjit tangan anak-anakku. “Ayah tak sakit?!”
Aku terjerit spontan. Aku dipermainkan? Sungguh tak adil! Ayah tergelak sahaja.
         “Ayah demam sajalah... Dah kebah pun! Siapa cakap ayah sakit?”
         Aku menjengilkan mataku pada Aunty Laurel yang sudah melarikan diri setelah mendiamkan diri. “Aunty!!!” Aku menghentak kaki memprotes. Joe segera menarikku ke dalam pelukannya sekaligus menghentikan jeritanku yang bergema. Kelibat kereta mereka sudah hilang dari pandangan. Kini hanya aku dan Joe sahaja berduaan di rumah.
         “So, masih takut lagi nak terus terang?” bisiknya romantis.
         Aku menyembamkan wajahku di dadanya. Menyembunyikan wajahku yang mula kemerahan. Malu dan geram. Ya, itulah yang aku rasakan saat ini.
“Abang penipu.” Aku mendengus geram. Joe tergelak kecil.
         “Susah nak tackle mak dan ayah sayang. Susah nak buat diorang percayakan abang, tahu? Tapi syukur abang dapat restu mereka sebelum abang nikahi anak kesayangan mereka ni.” Dahiku dikucupnya lembut. Aku tersenyum nipis.
         “Lega sikit hati Zara. Hah...rasa macam nak meletup saja kepala fikir macam mana nak explain  yang Zara dah bersuami. Mujurlah semuanya sudah selesai!” kataku dengan nada kelegaan. Betul-betul lega! Rasa macam nak pengsan sekejap dan bangun semula. Joe menghentikan elusannya pada rambutku.
         “Rasa macam tak privatelah nak bermanja dekat ruang tamu. Apa kata Zara tunjukkan yang mana satu bilik Zara?” soalnya nakal.
Aku membuntangkan biji mataku. Spontan aku terjerit kecil apabila dengan selamba Joe mendukungku melangkah menuju ke arah bilikku. Aku tergelak kecil dan tidak membantah pula. Joe sememangnya seorang lelaki yang romantik. Dia tahu bagaimana hendak memujukku dan membuat aku cair dengan pujukannya.
...
Apa sahaja yang kita lakukan memerlukan restu ibu bapa. Jika niat kita baik Insya Allah akan dipermudahkan. Pokok pangkalnya kita kenalah berusaha. Kerana sebagai manusia kita hanya dapat merancang dan yang menentukan hidup kita ialah Dia. Dia Yang Satu. Jadi, sebagai manusia...Just follow the flow bak kata Encik Duck dalam novel Bukan Kahwin Paksa (syamnurizmiel). Dan kita kenalah berani hadap apa yang kita dah buat.
Sekian.

3 comments:

  1. Akak cerpen first tp story line yg sangat hebat. Teruskan usaha akak dalam berkarya. Saya tunggu cerpen baru dari akak.

    ReplyDelete
  2. Best dan sila teruskan...

    ReplyDelete